Jumat, 07 Februari 2014

Bersih tuntut RCI di Semenanjung dan Sarawak kerana dakwaan penipuan pilihan raya


January 22, 2013
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mencadangkan hari ini agar Suruhanjaya Di Raja (RCI) ditubuhkan seperti di Sabah untuk menyiasat dakwaan penipuan pilihan raya di seluruh Malaysia.
“Ya… kerana angka yang kita lihat semakin membesar disesetengah tempat,” kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam sidang akhbar hari ini.

“Saya sudah mencadangkan lebih awal sebenarnya untuk sebuah RCI tetapi siasatan boleh dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
“Tetapi sudah tentu kita mendapati bahawa apabila ada RCI, orang lebih bersedia untuk tampil ke hadapan. Masalah kami untuk mendapatkan keterangan mereka yang telah tersalah didaftarkan kerana mereka takut untuk tampil ke hadapan.”
Beliau berkata dengan RCI, orang akan berasa lebih dilindungi dan lebih bersedia untuk memberi keterangan.
“Jadi sebab itu, RCI akan menjadi lebih baik,” katanya.

"Kami dengan ini mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan kerajaan untuk memulakan penyiasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk juga berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia," tambahnya.
Ambiga juga berkata, SPR seharusnya membersihkan diri mereka dari mereka yang dituduh memberikan kerakyatan, mengatakan yang terlibat seharusnya "dipertanggungjawabkan".

Beliau mengulangi tuntutan Bersih 2.0 agar SPR membersihkan daftar pengundi.
Semasa sidang akhbar, Lee Wee Tak pembantu penyelidik Malaysian Electoral Roll Analysis (MERAP) membentangkan beberapa penemuan mengenai dakwaan daftar pemilih yang tidak bersih.

Kemudian, Ambiga telah ditanya jika dia berpendapat Sabah memerlukan Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian selepas tamatnya siasatan Suruhanjaya Di Raja (RCI).
"Saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian.
"Tidak kira siapa menang pilihan raya, kita mesti mempunyai Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian kerana kita adalah sebuah negara dalam peralihan, Malaysia tidak sama seperti dahulu," kata Ambiga.TMI

0 komentar:

Posting Komentar