Senin, 23 Desember 2013

Derma’ RM40j masuk dalam akaun peribadi pemimpin Umno kata bekas MP BN

TERKINI  24-10-2012
 
KUALA LUMPUR, 24 Okt — “Derma politik” kontroversial RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen (MP) Barisan Nasional (BN).
Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (gambar) yang kini merupakan MP bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.
Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman mengatakan bahawa MP Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
“Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.
Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Di Parlimen awal bulan ini, didedahkan bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.
Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu.
 sambung diSini

0 komentar:

Posting Komentar